Bagaimana Menyediakan Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Bagaimana Menyediakan Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips. Berikut dikongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan resepi yang diperkatakan ini. semoga ianya mudah untuk difahami dan senang dipelajari..

Bagaimana Menyediakan Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Bagaimana Menyediakan Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Biskut Cornflakes Crunchy untuk memudahkan anda memahami resepi tersebut..

Bahan-bahan :

  • 250g buttercup atau boleh guna planta
  • 1 cawan gula aicing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
  • Chocolate chips
  • Chocolate rice (optional)
  • Almond cincang (optional)

Bagaimana Menyediakan Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips1

Bagaimana Menyediakan Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Langkah 1
Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.

Langkah 2
Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.

Langkah 3
Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.

Langkah 4
Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.

Langkah 5
Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.

Langkah 6
Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).

Langkah 7
Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

Langkah 8
Kalau tak suka manis manis, boleh kurangkan sukatan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.

Bagaimana Menyediakan Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips1

Resepi Lain > Cara Buat Dan Masak Resepi Bubur Jagung Sedap Dan Ringkas

Video Menyediakan Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Video Resepi Biskut Cornflakes Crunchy dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.