Cara Buat Dan Masak Resepi Roti Goreng Kelantan (Pau Goreng)

Cara Buat Dan Masak Resepi Roti Goreng Kelantan (Pau Goreng). Berikut dikongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan resepi yang diperkatakan ini. semoga ianya mudah untuk difahami dan senang dipelajari..

Cara Buat Dan Masak Resepi Roti Goreng Kelantan (Pau Goreng)

Cara Buat Dan Masak Resepi Roti Goreng Kelantan (Pau Goreng)

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Roti Goreng Kelantan untuk memudahkan anda memahami resepi tersebut..

Bahan-bahan

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 paket yis mauripan (bancuh dengan 1 cawan air suam kuku)
  • 4 sudu margarine- semalam saya guna butter, gebu jugak
  • 1 sudu besar soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil garam (bancuh dengan 1 cawan air)
  • 1 cawan gula Air secukupnya untuk menguli
  • Sedikit pewarna kuning jika suka.
  • Inti kacang merah- saya beli yang ready made.

Cara Buat Dan Masak Resepi Roti Goreng Kelantan (Pau Goreng)

Langkah 1
Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.

Langkah 2
Biarkan doh naik 2 kali ganda.

Langkah 3
Uli/tumbuk sekejap doh tadi untuk keluarkan angin.

Langkah 4
Bulat-bulatan doh mengikut saiz yang dikehendaki. (Jangan besar sangat sebab sebelum digoreng akan dileperkan dahulu, jadi saiznya akan jadi makin besar)

Langkah 5
Masukkan inti kacang merah ke dalam doh (macam buat ondeh-ondeh) Susun dalam dulang/loyang.

Langkah 6
Panaskan minyak.

Langkah 7
Sebelum menggoreng, tekan-tekankan sedikit doh sehingga leper (jangan kuat sangat) dan terus masukkan ke dalam minyak.

Langkah 8
Roti akan tenggelam, mengembang dan timbul semula. Balik-balikkan sehingga masak/warna perang. Siap.

Resepi Lain > Cara Buat Dan Masak Resepi Kuih Peria Ringkas Dan Sedap

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *