Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Masak Cili Api Ringkas

Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Masak Cili Api Ringkas. Berikut dikongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan resepi yang diperkatakan ini. semoga ianya mudah untuk difahami dan senang dipelajari. Kredit Resepi Mudah..

Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Masak Cili Api Ringkas

Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Masak Cili Api Ringkas

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Ayam Masak Cili Api untuk memudahkan anda memahami resepi tersebut..

Bahan-bahan

  • Beberapa ketul ayam
  • 12-18 biji cili api (tambah kalau nak lagi pedas)
  • 1 kotak santan (Ada santan segar lagi sedap)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai – dititik
  • 1 keping asam gelugur
  • Sedikit belacan
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Masak Cili Api Ringkas

Langkah 1
Tumbuk cili api bersama kunyit dan belacan. Kemudian gaulkan bersama ayam hingga sebati.

Langkah 2
Panaskan kuali dengan api kecil dan masukkan ayam yang digaul tadi. Masak ayam sehingga naik bau.

Langkah 3
Kemudian masukkan santan. Tunggu hingga santan mendidih dan pecah minyak.

Langkah 4
Masukkan pula asam gelugur, serai, air dan garam secukup rasa. Biar hingga masak.

Tips Tambahan

# Ada daun kunyit, boleh masukkan juga, dihiris.

Petua orang tua:

  • Jangan letak bawang supaya masak lemak cili padi tak cepat basi.
  • Asam keping menghilangkan rasa pahit kunyit, kurangkan pijar pedas cili api.
  • Tumbuk cili api bersama tangkainya sekali supaya kurang rasa pijar kepada lidah dan tak pedih
  • semasa buang air.

Resepi Lain > Cara Buat Dan Masak Resipi Kuih Cara Manis

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..

 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *