Cara Buat Dan Masak Resipi Kuih Cara Manis

Cara Buat Dan Masak Resipi Kuih Cara Manis. Berikut dikongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan resepi yang diperkatakan ini. semoga ianya mudah untuk difahami dan senang dipelajari..

Cara Buat Dan Masak Resipi Kuih Cara Manis

Berikut dikongsikan cara menyediakan resepi kuih cara untuk memudahkan anda memahami resepi tersebut..

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan kelapa
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • sedikit pewarna hijau
  • Gula pasir secukupnya | untuk dijadikan inti
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

Cara Buat Dan Masak Resepi Ais Milo Cake

Langkah 1
Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis.

Langkah 2
Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.

Langkah 3
Tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.

Langkah 4
Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima.

Langkah 5
Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan.

Langkah 6
Tuang adunan dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh.

Langkah 7
Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih.

Langkah 8
Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.

Langkah 9
Setelah masak keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Lakukan hingga habis adunan.

Resepi Lain > Cara Buat Dan Masak Resepi Ais Milo Cake

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *