Cara Buat Dan Masak Resepi Ais Milo Cake

Cara Buat Dan Masak Resepi Ais Milo Cake. Berikut dikongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan resepi yang diperkatakan ini. semoga ianya mudah untuk difahami dan senang dipelajari. Kredit apakau rasa..

Cara Buat Dan Masak Resepi Ais Milo Cake

Cara Buat Dan Masak Resepi Ais Milo Cake

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Ais Milo Cake untuk memudahkan anda memahami resepi tersebut..

Bahan Bahan :

Untuk sponge cake :
Bahan A :

  • 5 biji telur
  • 125gr All purpose flour
  • 25gr serbuk susu
  • 175gr gula.pasir
  • 1 sdt ovalete
  • 1/2 sdt esen vanila
  • Pewarna hijau muda secukupnya

Bahan B :

  • 90gr Marjerin ( lelehkan)

Cara Buat Dan Masak Resepi Ais Milo Cake

Langkah 1
Panaskan oven 180°C. Siapkan loyang segiempat 22 cm. Sapukan marjerin dan lapik dengan baking paper.

Langkah 2
Pukul semua bahan A hingga mengembang dan memekat. Matikan mixer dan masukkan bahan B secara berperingkat. Gaulkan dengan spatula hingga tercampur rata.

Langkah 3
Tuang ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 30 minit.

Langkah 4
Angkat dan biarkan sejuk.

Langkah 5
Setelah sejuk, potongkan cake menjadi 4 bahgian segiempat tepat. Ketepikan

Ganache cream

Bahan :

  • 200gr White Choc Compound ( cincang)
  • 300ml whippibg cream
  • 60gr serbuk milo

CARA :

Langkah 1
Masak double boiler white choc compound hingga cair. Ketwpikan.

Langkah 2
Pukul whipping cream hingga kembang stiff peak.

Langkah 3
Masukkan WCC yg cair tadi ke dalam whipping cream.

Langkah 4
Masukkam serbuk milo dan gaul.hingga rata.

CARA SUSUNAN :

Langkah 1
Ambil 1 potongan kek, dan sapukan dengan ganache cream, taburkan dengab serbuk milo, kemudian letakkan lagi atasnya potongan kek. Ulang proses sama seperti hingga kek habis.

Langkah 2
Sapukan keseluruhan bahagian kek dengan ganache cream dan taburkan dengan coklat sprinkle ke seleruh bahagian.

Langkah 3
Ais milo cake siap untuk di sajikan.

Resepi Lain > Cara Buat Dan Masak Resepi Murtabak Maggi Daging

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *