Cara Buat Dan Masak Resepi Murtabak Maggi Daging

Cara Buat Dan Masak Resepi Murtabak Maggi Daging. Berikut dikongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan resepi yang diperkatakan ini. semoga ianya mudah untuk difahami dan senang dipelajari. Kredit pada Zara Umairah..

Cara Buat Dan Masak Resepi Murtabak Maggi Daging

Cara Buat Dan Masak Resepi Murtabak Maggi Daging

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Murtabak Maggi Daging untuk memudahkan anda memahami resepi tersebut..

Bahan-bahan

  • 1 peket Mee Maggi Perisa Kari
  • 100g isi daging kisar( ayam pon boleh)
  • 1 biji bawang besar dicincang halus
  • 3 biji telur
  • sedikit daun bawang dan sup dicincang halus
  • Cili flakes
  • Lada sulah
  • Minyak

Cara Buat Dan Masak Resepi Murtabak Maggi Daging

Langkah 1
Celur mee maggi tanpa perencah selama 2 minit, kemudian toskan, ketepikan

Langkah 2
Goreng isi daging kisar, angkat ketepikan.

Langkah 3
Pukul telur didalam mangkuk, kemudian masukan daging kisar yg digoreng tadi, bawang, daun sup, lada sulah & cili flakes dan serbuk maggi kari gaul mesra.

Langkah 4
Selepas tu masukan mee maggi yg celur tadi, gaul sebati.

Langkah 5
Kemudian panaskan minyak masak sesudu besar didalam pan, goreng murtabak mengikut saiz yg dikehendaki.

Langkah 6
Goreng selama 3 minit. Buat sehingga habis adunan tersebut.

Langkah 7
Hidang ketika panas

Resepi Lain > Cara Buat Dan Masak Resepi Cendawan Goreng Tepung Ranggup

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *