Cara Buat Dan Masak Resepi Sotong Phat Phet Ala Thai

Cara Buat Dan Masak Resepi Sotong Phat Phet Ala Thai. Berikut dikongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan resepi yang diperkatakan ini. semoga ianya mudah untuk difahami dan senang dipelajari..

Cara Buat Dan Masak Resepi Sotong Phat Phet Ala Thai

Cara Buat Dan Masak Resepi Sotong Phat Phet Ala Thai

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Sotong Phat Phet Ala Thai untuk memudahkan anda memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakannya senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan A (Kisar/blender kasar)

  • Cili api/cili merah ikut kepedasan sendiri
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Belacan
  • Lada hitam letak sedikit saja
    (Kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti sotong)

Bahan-bahan B

  • Sotong
  • Asam keping
  • 1 batang serai (titik)
  • Sedikit garam dan gula
  • Daun limau purut
  • Bahan Sayur
  • Kacang panjang
  • Carrot
  • Bunga kobis

Cara Buat Dan Masak Resepi Sotong Phat Phet Ala Thai

Langkah 1
Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yang dititik sehingga naik bau dan pecah minyak.

Langkah 2
Setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air (jangan terlampau banyak).

Langkah 3
Kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula.

Langkah 4
Akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis. Kacau rata dan biarkan layu sedikit,

Langkah 5
Angkat, siap dan hidangkan dengan nasi panas.

Resepi Lain > Cara Buat Dan Masak Resepi Sotong Masak Lemak Padang

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *