Cara Buat Dan Masak Resepi Kek Pandan Kukus Cheese Leleh

Cara Buat Dan Masak Resepi Kek Pandan Kukus Cheese Leleh. Berikut dikongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan resepi yang diperkatakan ini. semoga ianya mudah untuk difahami dan senang dipelajari..

Cara Buat Dan Masak Resepi Kek Pandan Kukus Cheese Leleh

Cara Buat Dan Masak Resepi Kek Pandan Kukus Cheese Leleh

Berikut dikongsikan cara menyediakan Kek Pandan Kukus Cheese untuk memudahkan anda memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakannya senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan:

  • Telur – 4 biji (*)
  • Gula – 1/2 cawan (*)
  • Ovallete – 1 sudu besar (*)
  • Pewarna hijau – beberapa titik
  • Perisa pandan – 1 penutup botol
  • Tepung gandum – 1 setengah cawan
  • Baking powder – 1 sudu teh
  • Minyak masak @ minyak jagung – 1/4 cawan

Cara Buat Dan Masak Resepi Kek Pandan Kukus Cheese Leleh

Langkah 1
Pukul bahan-bahan yang bertanda (*) hingga kembang dan ringan

Langkah 2
Kemudian masukkan pewarna, perisa, tepung gandum, baking powder dan minyak masak @ minyak jagung…. kacau sehingga rata.

Langkah 3
Sapukan loyang dengan minyak dan tuangkan adunan kek tersebut.

Langkah 4
Tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil utk mengelakkan air kukusan jatuh ke dalam adunan.

Langkah 5
Pastikan air kukusan dimasak terlebih dahulu. Kukus kek selama 40 minit.

Langkah 6
Selepas kek dimasak, keluarkan kek dari loyang dan sejukkan.

Langkah 7
Belah bahagian tengah kek dengan menggunakan benang.

Bahan-bahan Topping

  • Cream cheese – 250 gram
  • Susu pekat – 1/2 cawan
  • Susu cair – 1/2 cawan
  • Cheddar cheese blok

Cara buat topping atas kek pandan kukus

Langkah 1
Pukul bahan-bahan di atas sehingga sebati dan tidak berketul.

Langkah 2
Sapukan di bahagian tengah dan di atas kek

Langkah 3
Parutkan Chedder cheese blok di atas topping tadi… kalau dapat parut yg halus tu, lagi cantik….

Resepi Lain > Cara Buat Dan Masak Resepi Telur Bungkus

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *