Cara Buat Dan Masak Resepi Telur Bungkus

Cara Buat Dan Masak Resepi Telur Bungkus. Berikut dikongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan resepi yang diperkatakan ini. semoga ianya mudah untuk difahami dan senang dipelajari..

Cara Buat Dan Masak Resepi Telur Bungkus

Cara Buat Dan Masak Resepi Telur Bungkus

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Telur Bungkus untuk memudahkan anda memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakannya senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
  • 1/2 biji bawang holland dicincang halus
  • 1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
  • 1/2 batang daun saderi didadu kecil
  • 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
  • 1 biji cili merah
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
  • secubit garam jika perlu
  • minyak untuk menumis
  • 2 biji telur ayam

Cara Buat Dan Masak Resepi Telur Bungkus

Langkah 1
Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu

Langkah 2
Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak

Langkah 3
Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata

Langkah 4
Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.

Langkah 5
Taburkan secubit garam jika perlu

Langkah 6
Sebelum diangkat boleh la ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.

Langkah 7
Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali

Langkah 8
Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata

Langkah 9
Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut

Langkah 10
Biarkan telur garing seketika dan boleh lah diterbalik kan ke dalam pinggan.

Resepi Lain > Cara Buat Dan Masak Resepi Udang Galah Masak Black Pepper

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *