Cara Buat Dan Masak Resepi Pari Asam Pedas

Cara Buat Dan Masak Resepi Pari Asam Pedas. Pekena pari asam pedas nyakut molek ni..huhu. Tanpa membuang masa, Eresepi akan kongsikan resepi, panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan masakan tersebut. Pastinya anda bertambah-tambah..

Cara Buat Dan Masak Resepi Pari Asam Pedas

Cara Buat Dan Masak Resepi Pari Asam Pedas

Berikut dikongsikan cara menyediakan Pari Asam Pedas untuk memudahkan anda memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakannya senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ inci kunyit
    (Semua bahan hendaklah ditumbuk)
  • 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
  • ½ cawan air asam jawa
  • 3 cawan air
  • 250g ikan pari (dipotong kecil)
  • 2 tangkai daun kesum
  • sayur masin (jika suka)
  • bendir
  • 3 sudu minyak masak
  • garam, gula dan sedikit lada hitam

Cara Buat Dan Masak Resepi Pari Asam Pedas

Langkah 1
Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.

Langkah 2
Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.

Langkah 3
Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.

Langkah 4
Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dab kecilkan api.

Langkah 5
Masukkan garam, gula dan lada hitam.

Langkah 6
Masukkan bendir dan biarkan seketika sehingga bendir masak.

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..

Baca juga > Resepi Solok Lada Kelantan Pedas Tapi Sedap

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *