Cara Buat Dan Masak Resipi Ketam Masak Kam Heong

Cara Buat Dan Masak Resipi Ketam Masak Kam Heong. Resepi berasaskan ketam ini terkenal di restoran-restoran Cina. Jika anda teringin untuk mencuba resepi tersebut, berikut dikongsikan panduan dan cara satu per satu dalam menyediakan Resipi Ketam Masak Kam Heong. Sumber dari myresipi..

Resipi Ketam Masak Kam Heong

Cara Buat Dan Masak Resipi Ketam Masak Kam Heong

Berikut dikongsikan cara menyediakan Ketam Masak Kam Heong untuk memudahkan anda memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakannya senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 3 ekor ketam diramas serbuk kunyit dan garam digoreng.
  • * bawang merah saiz kecil 3 biji
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 4 sudu besar udang kering rendam sikit supaya lembut
  • 6 – 8 biji cili kering di hiris agak-agak setengah inci
  • segenggam daun kari (penting untuk bau)
  • 2 sudu besar serbuk kari di carikan dengan 2 sudu besar air
  • dalam 1/4 cawan kicap pekat (saya guna kicap pekat cap tamin)
  • garam dan ajinomoto secukupnya
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis
  • beberapa sudu air jika perlu untuk senang menumis
  • cili api kalau gemar pedas

Baca Juga > Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Masak Halia

Cara Buat Dan Masak Resipi Ketam Masak Kam Heong

Satu
Bahan bertanda * tumbuk dengan batu lesung.

Dua
Dalam kuali, panaskan minyak masak dan tumis bahan * yang dah di tumbuk tadi

Tiga
Naik bau, masukkan serbuk kari yang dah cairkan, di ikuti dengan cili kering dan daun kari. Tumis. Masuk garam dan ajinomoto secukupnya.

Empat
Masuk ketam yang dah digoreng dengan kicap sekali. Gaul sampai sekata macam dalam gambar. Boleh tambah kicap lagi jika perlu, air jika perlu. Agak – agak la. Kam heong kuah pekat sikit.

Lima
Siap boleh di hidang dengan nasi putih.

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.