Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Masak Halia

Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Masak Halia. Halia bagus dimakan untuk keluarkan angin dalam badan, pasti ramai yang sukan dengan halia ni, kan. Jadi, eresepi akan kongsikan satu resepi yang berasaskan halia iaitu resepi ayam masak halia. Ikuti panduan dan langkah satu per satu dibawah..

Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Masak Halia

Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Masak Halia

Berikut dikongsikan cara menyediakan Ayam Masak Halia untuk memudahkan anda memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakannya senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 500 gram ayam, potong kecil
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cm halia, dihiris halus memanjang
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • minyak masak, untuk goreng ayam
  • sedikit lada sulah atau lada hitam
  • sedikit garam dan kunyit
  • garam dan gula, secukup rasa

Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Masak Halia

Satu
Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

Dua
Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.

Tiga
Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.

Empat
Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).

Lima
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.

Enam
Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Tujuh
Angkat dan tabur dengan daun bawang. Hidangkan bersama nasi panas.

Blogpost Resepi Kuih Muih:

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.