Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Paprik

Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Paprik. Lama betul eresepi tak makan resepi berasaskan paprik. Jadi, hari ini dapat rasa resepi ayam paprik yang boleh katakan sedap juga..huhu. Untuk itu, dilaman ini dikongsikan juga panduan dan langkah satu per satu untuk memasak resepi tersebut..

Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Paprik

Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Paprik

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Ayam Paprik untuk memudahkan anda memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakannya senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 4 ketul ayam – dihiris kecil
  • 2 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 biji bawang besar – dibelah dua dan dihiris bulat kasar
  • 1 biji cili merah – dihiris serong
  • 11 biji cili api – dipecah-pecahkan
  • 2 helai daun limau purut – disiat-siat
  • bunga kobis – dihiris kecil
  • 2 biji putik jagung – dihiris serong
  • 1/2 biji karot – dihiris serong
  • 2 biji kacang panjang – dipotong 1 inci
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan tomato sos
  • 1 sudu makan sos tiram
  • garam
  • 1 cawan air

Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Paprik

Langkah 1
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.

Langkah 2
Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

Langkah 3
Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.

Langkah 4
Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.

Langkah 5
Masukkan air. Masak hingga mendidih.

Langkah 6
Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.

Langkah 7
Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).

Langkah 8
Tutup api dan hidangkan.

Blogpost Resepi Kuih Muih:

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.