Cara Buat Resepi Apam Aiskrim Cornetto

Cara Buat Resepi Apam Aiskrim Cornetto. Apa khabar anda semua dan selamat beristirehat di cuti ini. Kali ini eresepi akan kongsikan satu resepi istimewa untuk anak-anak iaitu apam aiskrim cornetto. Jadi, Berikut disediakan cara dan langkah satu per satu dalam menyediakan resepi tersebut. Resepi ini di tulis oleh azhafizah..

Cara Buat Resepi Apam Aiskrim Cornetto

Cara Buat Resepi Apam Aiskrim Cornetto

Berikut dikongsikan cara menyediakan Apam Aiskrim Cornetto untuk memudahkan anda memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakannya senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahannya :

  • 4 biji telur
  • 2 cwn gula kastor (pakai 1 cawan pun boleh)
  • 3 cwn tepung gandum
  • 3/4 cwn air ais krim soda
    * nak bagi lembut masukkan 1 sudu teh ovalette

Cara Buat Resepi Apam Aiskrim Cornetto

Langkah 1
Sediakan acuan kon seperti dalam gmbr. Guna brown paper jual nasi lemak. Pastikan bahagian yg licin di sebelah dlm & bahagian bawah tidak berlubang.

Langkah 2
Susun acuan kon didalam lubang² kukus

Langkah 3
Warnakan adunan anda

Langkah 4
Masukkan warna adunan pertama ke dlm kon. Kena agak² lapisan pertama tu sebab ada 3 lapis lagi.

Langkah 5
Masukkan warna adunan utk lapisan kedua.

Langkah 6
Masukkan warna adunan utk lapisan ketiga

Langkah 7
Siap untuk dikukus selama 10 – 15 minit

Langkah 8
Dah masak, sejukkan dahulu

Langkah 9
Cairkan coklat dan pipekan ke atas apam tadi. Letak coklat agar apam yg di atas tak nampak. Boleh letak badam nib atau choc rice mengikut kreativiti.

Langkah 10
Tunggu sehingga cokelat betul² keras (nak cepat masuk peti ais), barulah boleh dibuka acuan kon & lihatlah hasilnya.

Blogpost Resepi Kuih Muih:

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.