Cara Buat Resepi Perut Air Asam

Cara Buat Resepi Perut Air Asam. Perut lembu lebihan masa raya korban hari tu, sedap sangat bila buat air asam. Untuk anda yang ingin pelajari resepi ini, berikut eresepi akan kongsikan panduan dan langkah satu per satu dalam menyediakan resepi perut air asam. Caranya dibawah, kredit pada fatin shaida via mahn..

Cara Buat Resepi Perut Air Asam

Cara Buat Resepi Perut Air Asam

Berikut dikongsikan cara menyediakan perut air asam untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan:

  • Perut Lembu
  • Daun Kesom
  • Tomato
  • Limau Nipis
  • Cili Padi
  • Bawang Merah (bakar)
  • Bawang Besar
  • Belacan
  • Asam Jawa
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto (Tambahan)

Bahan untuk dikisar / tumbuk :

Bawang merah yg dah siap dibakar. Cili padi sedikit belacan, air asam jawa, garam , gula & ajinomoto.

Bahan yang perlu dimayang :

  • Bawang besar
  • Tomato
  • Daun kesom

Cara Buat Resepi Perut Air Asam

Langkah 1
Rebus perut lembu masukkan sedikit garam , hiris nipis kemudian toskan.

Langkah 2
Masukkan bahan yg dikisar , gaul sebati.

Langkah 3
Perahkan asam limau nipis secukup rasa masam manis

Langkah 4
Gaul bersama bahan yg telah dimayang. Biarkan beberapa minit.

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *