Cara Buat Dan Masak Resepi Sup Gear Box

Cara Buat Dan Masak Resepi Sup Gear Box. Sup gear box pastinya menjadi salah satu kegemaran anda bukan ? Bila dapat makan sup tersebut, sekali-kali dengan tulang nak makan, kan..huhu. Ibarat seperti itu lah bila dapat pekena resepi tersebut..

Tapi..

Rasa tersebut dapat dirasai bila mereka yang pandai menyediakan hidangan tersebut. Adakah anda sendiri teringin untuk membuatnya sendiri. Dilaman ini, eresepi kongsikan cara dan langkah satu per satu mneyediakan sup gear box. Harap anda berjaya menyediakannya..

Cara Buat Dan Masak Resepi Sup Gear Box

Resepi Sup Gear Box

Berikut dikongsikan cara menyediakan sup gear box untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahannya:

  • Tulang Gear-Box / atau tulang bahagian lain lembu
  • halia 2 inci – diketuk
  • bawang puteh 3 ulas – diketuk
  • 2 bungkus sup bunjut
  • rempah 4 sekawan: buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
  • bawang goreng
  • sehiris perahan limau nipis
  • daun sup

Cara Buat Dan Masak Resepi Sup Gear Box

Langkah 1
Rebus tulang sampai empuk (tips nak cepat empuk masukan biji kurma, insyaallah empuk dlm 2 jam atau ikut petua kami terdahulu)

Langkah 2
Masukkan sup bunjut, rempah sup, halia dan bawang puteh. Teruskan memasak menggunakan api yang kecil.

Langkah 3
Sementara itu buat bawang goreng, angkat.

Langkah 4
Keluarkan minyak biar tinggal sedikit sahaja, kemudian goreng rempah 4 sekawan. Tutup api.

Langkah 5
Masukkan rempah 4 sekawan yang digoreng bersekali dengan minyak yang melekat di kuali itu ke dalam periuk rebusan tulang di dapur satu lagi.

Langkah 6
Perasakan dengan garam, masukkan sedikit bawang goreng, tutup periuk dan tutup api dapur.

Langkah 7
Panaskan balik sup sebelum mula menghidang.

Langkah 8
Dalam mangkuk besar, perahkan air asam limau nipis dan taburkan daun sup serta bawang goreng selebihnya di atas sup gear box tu….

Blogpost Resepi Kuih Muih:

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *