Cara Buat Dan Masak Resepi Daging Goreng Kunyit

Cara Buat Dan Masak Resepi Daging Goreng Kunyit. Esok umat Islam akan menyambut hari raya Aidiladha atau raya korban. Dikesempatan ini kami di eresepi memohon maaf jika anda kesilapan selama bercoretan dilaman ini. Hati-hati dalam perjalanan balik kampung..

Oleh itu, resepi pun berasaskan daging..huhu. Eresepi akan kongsikan Resepi Daging Goreng Kunyit untuk anda. Jika anda teringin buat resepi tersebut. Dilaman ini dikongsikan panduan dan langkah satu per satu memasak resepi daging. Semoga dapat memasaknya seperti yang diajarkan oleh masakan melayu..

Cara Buat Dan Masak Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi Daging Goreng Kunyit

Berikut dikongsikan cara menyediakan daging goreng kunyit untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan:

  • 600 gm daging
  • 2 – 3 inci kunyit hidup – tumbuk
  • 1-2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 inci halia – hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 2 ulas bawang besar
  • Kacang panjang atau kacang buncis (jika suka)
  • Lobak merah
  • Cili merah – hiris nipis
  • Minyak secukupnya
  • Garam

Cara Buat Dan Masak Resepi Daging Goreng Kunyit

Langkah 1
Daging dihiris nipis.

Langkah 2
Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.

Langkah 3
Masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging.

Langkah 4
Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering.

Langkah 5
Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi.

Langkah 6
Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali dan buka api.

Langkah 7
Goreng daging seketika dengan minyak tu.

Langkah 8
Masukkan garam jika perlu.

Langkah 9
Akhir sekali masukkan sayur kacang, lobak merah, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap!

Blogpost Resepi Kuih Muih:

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *