Cara Buat Dan Masak Resepi Biskut Kacang Mazola

Cara Buat Dan Masak Resepi Biskut Kacang Mazola. Sedikit perkongsian dari eresepi kali ini iaitu dari biskut. Ada tidak di sini peminat biskut kacang mozola. Jika anda, teringin tak untuk membuat sendiri biskutnya. Mungkin nampak susah hendak buat biskut tersebut tapi tidak sebenarnya..

Berikut kami di eresepi akan kongsikan cara dan langkah per langkah untuk menghasilkan resepi biskut kacang mazola. Resepi yang ringkas, anda pasti berjaya membuatnya seperti yang dibuat oleh Renny Winda‎. Jadi, ikuti satu per satu langkahnya..

Cara Buat Dan Masak Resepi Biskut Kacang Mazola

Resepi Biskut Kacang Mazola

Berikut dikongsikan cara menyediakan biskut kacang mazola untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 270g Sebuk Kacang
  • 270g Tepung Gandum
  • 100g Gula Icing
  • Sedikit Garam
  • Minyak Jagung Secukupnya
  • Telur Kuning

Cara Buat Dan Masak Resepi Biskut Kacang Mazola

Langkah 1
Kacang digorreng tanpa minyak,disejukkan dan dibuang kulit kemudian dikisar

Langkah 2
Masukkan tepung,kacang,gula dan garam ke dalam bekas dan gaul sebati

Langkah 3
Masukkan Minyak Jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh

Langkah 4
Canaikan doh dan tekap dengan acuan kemudian susun dalam loyang

Langkah 5
Sapukan kuning telur diatas setiap doh yang telah ditekap

Langkah 6
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 10-15 minit

Langkah 7
Siap untuk dimakan..

Blogpost Resepi Kuih Muih:

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.