Cara Masak Atau Buat Resepi Kek Keladi

Cara Masak Atau Buat Resepi Kek Keladi. Tanpa membuang masa lagi, eresepi akan kongsikan resepi yang menjadi kegemaran orang ramai iaitu resepi kek keladi. Untuk anda yang teringin untuk buat sendiri kek ini..

Boleh mengikuti resepi yang akan diberikan nanti. Diberikan panduan langkah per langkah untuk memudahkan anda memahaminya. Semoga anda berjaya buat resepi kek keladi seperti yang dihasilkan oleh Resepi Viral Terbaik..

Cara Masak Atau Buat Resepi Kek Keladi

Resepi Kek Keladi

Berikut dikongsikan cara menyediakan kek keladi untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kek ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan kek ( Saiz Loyang: 8” )

  • 250 gram vanilla sponge mix [tepung optima]
  • 4 biji telur gred B
  • 60 gram air
  • 75 gram mentega yang telah dicairkan[panaskan sehingga cair dengan api perlahan]

Cara Masak Atau Buat Resepi Kek Keladi

Langkah 1
Campurkan telur, air dan vanilla sponge mix, pukul hingga gebu dan bertanduk.

Langkah 2
Kemudian masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau sedikit.[kaup balik sahaja].

Langkah 3
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama.

Langkah 4
Tuang 1 adunan ke dalam loyang 8″ yang telah disapu dengan mentega dan dilapik dengan baking paper.

Langkah 5
Bakar dengan suhu 170 C selama 12 minit dengan api atas bawah.[bergantung pada jenama oven masing2] @ sehingga masak. Ulangi untuk adunan 2 dan 3. Gunakan loyang yang sama saiz. Saya guna 3 loyang yang sama saiz.

Langkah 6
Kek yang telah masak dibiarkan sejuk. Buang permukaan atasnya( supaya kek betul2 melekat antara 1 lapis dengan lapis yang lain). Simpan kek di dalam peti sejuk selama beberapa jam.

  • Bahan krim keladi:
  • 500 gram keladi
  • 200 gram keledek ungu
  • 100 gram gula biasa
  • 50 gram santan serbuk
  • 700 ml air(bahagi 2-350ml utk didihkan agar2 dan 350ml lagi utk kisar keladi, tepung2 dll)
  • 50 gram tepung gandum
  • 25 gram tepung jagung
  • 10 gram agar2 tali
  • 2 sudu teh garam(utk rebus keladi)
  • Kelapa kering sebagai hiasan

Cara Buat Krim Keladi

Langkah 1
Kupas keladi & keledek ungu. Potong kecil2. Masukkan garam dan air & rebus hingga empuk.

Langkah 2
Didihkan 350 ml air dan masakkan agar2 sehingga hancur. Ketepikan.

Langkah 3
Kisar gula, tepung gandum, tepung jagung, santan serbuk dengan 350ml air hingga sebati. Masukkan keladi, keledek dan agar2 & kisar sekali lagi hingga sebati.

Langkah 4
Masukkan ke dalam periuk. Kacau hingga mendidih dan masak. Padamkan api. Biarkan sejuk sedikit.

Langkah 5
Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi ke atasnya.

Langkah 6
Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper.

Langkah 7
Setelah keseluruhan kek siap diratakan, taburkan kelapa kering ke seluruh bahagian kek.

Langkah 8
Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.