Cara Buat Dan Masak Resepi Nasi Goreng Kampung

Cara Buat Dan Masak Resepi Nasi Goreng Kampung. Apa khabar sahabat alam maya sekalian, semoga siha sahaja. Emm, untuk resepi hari ini. Eresepi akan kongsikan resepi nasi goreng kampung untuk anda. Ada orang, hari-hari makan nasi goreng takpe. Nampak sangat suka makan nasi goreng..huhu

Berikut dikongsikan panduan dan langkah per langkah buat resepi nasi goreng kampung. Ia sesuai dimakan 3 orang melalui sumber yang dimasak oleh Che’ Nom..

Cara Buat Dan Masak Resepi Nasi Goreng Kampung

Resepi Nasi Goreng Kampung

Berikut dikongsikan cara menyediakan nasi goreng kampung untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan resepi ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan nasi
  • 6 ekor udang, dibuang kulit
  • 2 ekor sotong, dipotong bulat
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawan putih
  • 6 biji cili padi
  • 1/2 ikat sayur kangkung
  • 1 mangkuk kecil karot, didadu
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telur
  • 2 ketul fish cake, putong dadu
  • ikan bilis goreng
  • serbuk lada sulah
  • garam dan gula secukup rasa
  • Bahan untuk tumbuk kasar:
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawan putih
  • 6 biji cili padi

Cara Buat Dan Masak Resepi Nasi Goreng Kampung

Langkah 1
Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.

Langkah 2
Masukkan karot, udang, sotong sos, fish cake, tiram dan sos ikan. Masak seketika.

Langkah 3
Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.

Langkah 4
Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga nasi sebati dan garing.

Langkah 5
Taburkan dengan ikan bilis goreng sebelum hidang.

Blogpost Resepi Kuih Muih:

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.