Cara Buat Dan Masak Resepi Nasi Goreng Biasa Ringkas

Cara Buat Dan Masak Resepi Nasi Goreng Biasa Ringkas. Apa khabar pembaca dan pengemar resepi melalui laman web kami iaitu eresepi. Tanpa buang masa lagi, hari ini kami akan kongsikan resepi berasaskan nasi iaitu nasi goreng biasa sahaja..

Kami tahu, ramai yang mengemari nasi goreng, kan. Apa kata, anda cuba membuatnya di rumah. Berikut disediakan panduan dan cara buat resepi nasi goreng biasa satu per satu. Semoga berjaya memasakknay seperti yang diajar oleh Cikgu Ani..

Cara Buat Dan Masak Resepi Nasi Goreng Biasa Ringkas

Resepi Nasi Goreng Biasa Ringkas

Berikut dikongsikan cara menyediakan nasi goreng biasa untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-Bahannya:

  • 1 mangkuk nasi sejuk
  • 2 pokok sawi – dibersihkan dan dipotong 1 inci
  • Sedikit kobis – di bersihkan dan dipotong nipis
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan kicap lemak masin
  • Sedikit garam dan serbuk perasa

Bahan tumbuk:

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu makan ikan bilis

Cara Buat Dan Masak Resepi Nasi Goreng Biasa Ringkas

Langkah 1
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.

Langkah 2
Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.

Langkah 3
Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu.

Langkah 4
Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.

Langkah 5
Masukkan kicap. Gaul rata.

Langkah 6
Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yg tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble.

Langkah 7
Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata.

Langkah 8
Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.

Langkah 9
Tutup api dan hidangkan.

Blogpost Resepi Kuih Muih:

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.