Cara Buat Dan Kukus Resepi Pau Inti Ayam

Cara Buat Dan Kukus Resepi Pau Inti Ayam. Kami yang beroperasi di eresepi akan berkongsikan resepi pau inti ayam untuk anda yang mengemari makanan ini. Bila sebut pau ini, kenangan sungguh semasa zaman kanak-kanak..

Huhu..

Berikut dikongsikan cara dan panduan satu per satu untuk menyedikan bahan dan kukus resepi pau inti ayam. Sumber Petua Nenek..

Cara Buat Dan Kukus Resepi Pau Inti Ayam

Resepi Pau Inti Ayam

Berikut dikongsikan cara menyediakan pau inti ayam untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan doh

  • 500g tepung gandum (bleached and pre-sifted)
  • 2 sudu besar gula halus
  • 2 sudu besar vegetable shortening
  • 1 sudu besar yis kering
  • 1 1/2 cawan air suam

Cara buat doh

Langkah 1
Gula di campur dengan 1 cawan air suam dan kacau sehingga rata. Kemudian masukkan yis dan kacau. Biarkan sebentar sehingga yis tadi mengembang (berbuih).

Langkaj 2
Dalam masa yang sama kita campurkan tepung dengan vegetable shortening dan gaul sehingga rata.

Langkah 3
Sekiranya yis tadi sudah berbuih, bolehlah tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung tadi dan uli sehingga sebati.

Langkah 4
Tuangkan baki air yang 1/2 cawan lagi ke dalam adunan dan uli lagi selama 30 minit. Pastikan adunan tadi lembut dan licin. (Sekiranya masih belum lembut, boleh lah tambah air suam sedikit demi sedikit atau hanya basahkan tapak tangan sahaja sambil menguli). Pastikan adunan tidak melekat pada jari.

Langkah 5
Apabila adunan sudah cukup lembut dan licin, biarkan selama satu jam atau sehingga adunan memgembang 2 kali ganda dari saiz asal. Tutup adunan dengan tuala panas dan tutup permukaan besen itu dengan pinggan supaya adunan mengembang dengan sekata.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik boleh simpan besen tadi didalam Microwave Oven (bukan untuk dipanaskan hanya untuk menyimpan sahaja).

Bahan-bahan inti

  • 4 ketul dada ayam
  • 2 sudu besar char siu sauce (xde dlm stok)
  • 1/2 sudu oyster sauce
  • 1 sudu besar kicap cair
  • garam secukupnya
  • sedikit lada sulah/lada hitam
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 ulas bawang besar holland (kuning)
  • 2 batang lobak putih (mommy ganti dengan kentang)
  • 3 sudu besar minyak masa untuk menumis

Cara buat inti

Langkah 1
Dada ayam dipotong dadu kecil-kecil atau dicincang tetapi jangan sampai hancur

Langkah 2
Lobak putih dihiris nipis dan dipotong seperti batang mancis. Kalau nak parut pun boleh juga (mommy guna kentang, so mommy dadu kecil)

Langkah 3
Bawang besar juga dipotong dadu.

Langkah 4
Selain dari lobak putih kita juga boleh gunakan karot atau sengkuang.

Langkah 5
Ayam tadi diperap dengan char siu sauce, oyster sause, kicap cair. Kemudian gaulkan lobak putih bersama ayam tadi.

Langkah 6
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang. Bila bawang sudah layu atau naik bau harumnya baru tuangkan campuran ayam dengan lobak tadi. Tumis pada api yang kuat.

Langkah 7
Apabila ayam tadi sudah masak bolehlah tambahkan lada sulah/lada hitam dan garam jika perlu.

Langkah 8
Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuali. Biarkan sebentar sehingga inti kelihatan pekat. Kemudian sejukkan.

Cara Buat Dan Kukus Resepi Pau Inti Ayam

Langkah 1
Sekiranya doh tadi sudah cukup kembang bolehlah kita tumbuk-tumbukan untuk membuang angin didalamnya.

Langkah 2
Kemudian timbang 30g doh untuk membuat pau.

Langkah 3
Leperkan doh dengan tangan sehingga lebar tapak tangan. Letakkan sesudu inti ayam dan cantumkan bahagian tepi doh tadi dengan cara menariknya keatas menggunakan dua jari.

Langkah 4
Biarkan bahagian yang dicantum tersebut menjadi bahagian atas kuih pau . Ulang proses yang sama hingga selesai.

Langkah 5
Kukus selama 15 minit pada api yang kuat. (Semasa mengukus, boleh letakkan kain towel pada penutup kukus supaya wapnya tidak jatuh pada pau nanti). Siap untuk dimakan..

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.