Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Goreng Lemon Ringkas

Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Goreng Lemon Ringkas. Ayam tidak dapat dipisahkan di dalam menu kita seharian, kan. Pelbagai resepi berasaskan ayam tubuh bagaikan cendawan selepas hujan. Berbagai-bagai jenis masakan ayam sudah dimakan, kebanyakkannya memang sedap..

Jadi..

Kami di eresepi ingin kongsikan resepi ayam goreng lemon yang serba ringkas namun sedap. Untuk anda yang ingin mencubanya sendiri. Berikut disediakan panduan satu per satu untuk membuat hidangan ini. Semoga anda berhasilkan mencubanya..

Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Goreng Lemon Ringkas

Resepi Ayam Goreng Lemon Ringkas

Berikut dikongsikan cara menyediakan ayam goreng lemon untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 3 sudu minyak zaitun
  • 6 ketul peha ayam
  • garam & lada hitam
  • 1 biji bawang holand (dihiris kasar)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 6 biji kentang (dihiris halus)
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • ½ epal cider
  • 2 sudu perahan lemon
  • beberapa batang rosemery
  • herba thyme

Bahan hiasan

  • ½ hirisan keju parmesan
  • 6 – 10 hirisan lemon

Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Goreng Lemon Ringkas

Langkah 1
Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.

Langkah 2
Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.

Langkah 3
Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.

Langkah 4
Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.

Langkah 5
Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.

Langkah 6
Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.

Langkah 7
Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.

Langkah 8
Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.

Langkah 9
Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.

Langkah 10
Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.

Langkah 11
Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.

Langkah 12
Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.

Langkah 13
Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *