Cara Buat Dan Masak Resepi Kuih Kasturi

Cara Buat Dan Masak Resepi Kuih Kasturi. Masih lagi mood kuih tradisional kita, pulak tu banyak sedap-sedap..huhu. Perkongsikan kali ini dari kami dari eresepi adalah kuih kasturi. Semuanya mengetahui kuih ini, kan..

Untuk buat dan masak resepi kuih kasturi tersebut, berikut kami kongsikan panduan dan cara yang betul yang dapat dibaca dibawah. Semoga memudahkan anda dapat memperlajari resepi yang dikongsikan oleh pemilik asalmya iaitu Resepikuihmuih..

Cara Buat Dan Masak Resepi Kuih Kasturi

Resepi Kuih Kasturi

Berikut dikongsikan cara menyediakan resepi kuih kasturi untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 200 g kacang hijau, direndam 6 jam
  • air utk merebus
  • 120-130 g gula pasir (ikut suka manisnya)
  • 30 g kelapa parut (putih)*
  • 3 camb tepung gandum

Bahan batter

  • 90 g tepung gandum
  • 1 camb tepung beras
  • 1 camt serbuk penaik
  • 110-120 ml air
  • sedikit garam
  • minyak utk menggoreng

Cara Buat Dan Masak Resepi Kuih Kasturi

Langkah 1
Rebus kacang dengan air hingga empuk dan pecah-pecah. Pastikan airnya kering atau sejatkan dengan penapis untuk membuang airnya itu.

Langkah 2
Kembalikan ke dalam kuali/periuk, masukkan gula, kelapa parut dan tepung gandum.

Langkah 3
Kacau atas api perlahan hingga kental dan sebati (ia akan lembik tetapi bila sejuk, bertambah keras).

Langkah 4
Ambil sedikit, bentukkan leper dan bulat, setebal 1.5 cm.

Untuk batter:

Langkah 1
Satukan semua bahan menjadi adunan yg melekat pada belakang sudu.

Langkah 2
Celup kuih di dlm batter dan goreng hingga keemasan. Siapuntuk dihidangkan..

*Jika menggunakan desiccated coconut, kurangkan sedikit. Pastikan air dari pes kacang kering sebelum memasukkan gula kerana air yg berlebihan akan membuat pes menjadi lembik.

Blogpost Resepi Kuih Muih:

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *