Cara Membuat Dan Masak Resepi Kuih Bakar Kemboja
|Cara Membuat Dan Masak Resepi Kuih Bakar Kemboja. Bagi anda yang mengemari kuih bakar kemboja pastinya tidak akan lepaskan peluang jika berpeluang untuk memakannya. Tapi, cara membuat resepi ini sedikit yang mengetahuinya. Jadi, kami di eresepi. Ingin kongsikan resepi ini untuk anda..
Berikut disediakan panduan dan langkah untuk membuat resepi kuih bakar kemboja. Resepi yang ringkas, semoga anda dapat memahami panduan tersebut yang serba ringkas dan memudahkan anda untuk memahaminya . Sumber tasty masakan, jom sama-sama belajar sehingga berjaya..
Resepi Kuih Bakar Kemboja
Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Kuih Bakar Kemboja untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 3 biji telur gred A
- 600 ml santan
- 250 ml jus pandan
- Sedikit pewarna hijau
- 1 cawan gula
- 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu makan mentega.
- Bijan secukupnya untuk ditabur
Cara Membuat Dan Masak Resepi Kuih Bakar Kemboja
Langkah 1
Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
Langkah 2
Sapukan acuan dengan mentega, ketepikan.
Langkah 3
Satukan semua bahan-bahan, kecuali bijan, dan kacau dengan whisk hingga larut dan halus atau masukkan dalam blender dan kisar halus.
Langkah 4
Panaskan acuan dalam ketuhar selama lima minit.
Langkah 5
Keluarkan acuan dan tuangkan adunan dan masukkan semula dalam ketuhar.
Langkah 6
Lepas 10 minit, keluarkan kuih tadi dan tabur bijan di atas permukaan.
Langkah 7
Sambung membakar selama 40 – 50 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan dan sedikit berkerak.
Langkah 8
Bila masak, longgarkan tepi kek dengan pisau dan biar sejuk sepenuhnya dalam acuan.
Langkah 9
Potong dan hidangkan.
Blogpost Resepi Kuih Muih:
- Resepi Tepung Gomak Yang Ringkas
- Resepi Tepung Pelita Senang Dan Sedap
- Resepi Kuih Puteri Ayu Sedap
- Resepi Kuih Kosui Mudah Disediakan Dan Sedap
- Resepi Kuih Keria Lembut Dan Sedap
- Resepi Cream Puff Lembut Dan Gebu
Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..