Cara Masak Resepi Ikan Keli Goreng Berlada

Cara Masak Resepi Ikan Keli Goreng Berlada. Untuk perkongsian kami dari eresepi kali ini. Bagi pengemar ikan keli, di sini kami akan kongsikanĀ Resepi Ikan Keli Goreng Berlada. Pastinya ramai yang ingin mencuba masak sendiri, kan..

Berikut dikongsikan langkah demi langkah untuk memasak ikan keli goreng berlada, anda yang ingin memasaknya. Boleh mengikuti panduan tersebut dibawah. Sumber dari Senangnya Masak..

Cara Masak Resepi Ikan Keli Goreng Berlada

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada

Berikut dikongsikan cara menyediakan ikan keli goreng berlada untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-Bahan

  • 5 Ekor ikan keli sederhana besar.
  • 4 Ulas bawang putih-ditumbuk.
  • 2 Biji bawang besar-ditumbuk.
  • 5 Biji cili merah-ditumbuk.
  • 5 Biji cili padi- ditumbuk (tambah jika nak pedas)
  • Sedikit air asam jawa.
  • Gula
  • Garam
  • Minyak masak
  • Serbuk Kunyit

Cara Masak Resepi Ikan Keli Goreng Berlada

Langkah 1
Gaulkan ikan dengan garam dan sebuk kunyit. Biar seketika kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing. Dah siap angkat dah toskan minyaknya. Susun dalam pinggan.

Langkah 2
Bawang putih, bawang besar, cili merah dan cili padi ditumbuk. Jika nak kisar pun boleh. Ikut mana yang selesa.

Langkah 3
Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga masak. Lada sebaiknya dimasak lama sikit nak elak daripada sakit perut.

Langkah 4
Setelah itu, masukkan air asam jawa. Jangan masuk banyak, takut rasa masam lebih nanti.

Langkah 5
Kemudian, masukkan garam dan gula. Bila semua bahan tadi sekata tutup api.

Langkah 6
Tuangkan sambal tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.

Tips Membersihkan Ikan Keli

  1. Ikan keli yang dibeli dipasar biasanya dibuang perut dan jika kita mahu, mungkin pakcik pasar tu boleh buang kepala dia siap-siap. Kepala ikan keli tak ada isi sangatkan. Jika nak potong buang terus lagi jimat masa menggoreng ikan nanti.
  2. Jika kita perhatikan, antara leher ikan keli dan badannya setelah dipotong tu ada gumpalan darah kecil sebesar kepala mancis dibahagian kiri dan kanan antara tulang belakang ikan tersebut. Anda kena buang darah tu, nak elakkan rasa hanyir darah ikan semasa nak basuh ikan keli tersebut.
  3. Setelah dibasuh kotorannya. Anda boleh guna limau nipis atau asam keping dilumur seluruh badan ikan untuk menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan tersebut.Biarkan seketika dan basuh kembali ikan tersebut.
  4. Nak elak ikan keli meletup masa goreng adalah dengan mambuat banyak hirisan pada badan ikan. Cara ni akan mempercepatkan proses pengeringan air dari badan ikan dan ini akan mengurangkan ikan ‘meletup’ semasa menggoreng.

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.