Resepi Siakap Stim Limau Nipis

Resepi Siakap Stim Limau Nipis. Apa khabar pengemar resepi sekalian, kami di eresepi masih lagi sentiasa baik dan sihat. Kami di sini ingin bertanya, adakah anda pengemar ikan siakap ? Ikan siakap best dimakan kerana isinya yang lembut..

Jadi..

Untuk resepi kali ini, eresepi ingin kongsikan resepi siakap stim limau nipis. Keluarkan pen dan kertas..huhu. Berikut antara langkah demi langkah untuk membuat masakan tersebut. Ia sesuai dimasak dan dimakan beramai-ramai..

Resepi Siakap Stim Limau Nipis

Resepi Siakap Stim Limau Nipis

Berikut dikongsikan cara menyediakan Siakap Stim Limau Nipis untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
  • 1 labu bawang merah/besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 5 biji cili padi
  • 1 biji limau nipis ambil jusnye
  • 1sdm sos tiram
  • sepokok daun ketumbar
  • setengah batang carrot
  • semangkuk bunga kobis
  • setengah biji Lada bengala
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Masak Resepi Siakap Stim Limau Nipis

Langkah 1
Guna kuali yang muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.

Langkah 2
Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.

Langkah 3
Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dalam kuali.

Langkah 4
Hiris cili ketepikan.

Langkah 5
Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala ikut bentuk disukai dan ketepikan.

Langkah 6
Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.

Langkah 7
Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan-lahan. Rasakan ikut hati dan siap..

Blogpost Resepi Ikan

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.