Resepi Apam Gula Hangus

Resepi Apam Gula Hangus. Kami di eresepi kali ini ingin kongsikan satu masakan berasaskan apam iaitu resepi apam gula hangus yang sememangnya diminati oleh orang ramai. Resepi ini sesuai dimakan petang-petang bersama kopi secawan..huhu..

Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk membuat resepi apam gula hangus. Semoga panduan tersebut dapat membantu anda sekalian dalam pembuatannya. Dibawah antara langkah yang anda harus ikuti..

Resepi Apam Gula Hangus

Resepi Apam Gula Hangus

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Apam Gula Hangus untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan:

  • 2 bj telur
  • 1 cwn gula pasir
  • 1 cwn air
  • 1/2 cwn minyak
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat *diayak
  • 1 1/2 cwn tepung gandum *diayak

Cara Masak Resepi Apam Gula Hangus

Langkah 1
Masakkan gula pasir hingga keemasan dan padam api. Kemudian campurkan dgn 1 cwn air, pasang kembali api dan kacau sehingga sebati. Padam api dan sejukkan.

Langkah 2
Mixer telur, susu,minyak dan marjerin selama 5 minit. Masukkan gula hangus dan mixer lagi. Kemudian masukkan tpg gandum yg telah diayak bersama soda tadi. Mixer sehingga sebati agak-agak 5 minit.

Langkah 3
Masukkan dalam acuan papercup / plastic cup(lebih baik, tal melekat) hingga penuh.

Langkah 4
Panaskan kukusan hingga air mendidih dan masukkan adunan tadi.

Langkah 5
Kukus selama 15 minit.buka tudung dan angkat adunan tadi.

Langkah 6
Balut tudung kukus dgn kain.

Langkah 7
Siap dan memang sedap dimakan bersama kelapa putih yg digaul bersama sedikit garam

 

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *