10 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Part 1

10 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Part 1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat berpuasa pada umat Islam di seluruh dunia, lebih-lebih lagi yang berada di Malaysia. Dalam bulan puasa, pelbagai resepi menjadi pilihan untuk berbuka puasa dan biasa untuk bersahur, resepinya lebih ringkas..

Jadi, untuk anda yang tiada idea untuk memasak apa dalam berbuka puasa atau bersahur. Berikut saya kongsikan pelbagai resepi yang anda boleh masak nanti..

10 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Part 1

10 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Part 1

Berikut dikongsikan 10 cadangan berbuka puasa dan bersahur yang boleh amda fikir untuk memasakkannya. Antaranya ialah..

KETAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan

  • 250g ketam (dibersihkan)
  • 7 biji cili hijau
  • 1½ cawan santan kelapa yang di parut
  • 1 keping asam gelugur
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu besar garam secukup rasa
  • ½ sudu kecil perasa

Cara Masak Ketam Masak Lemak Cili Api

Langkah 1
Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .

Langkah 2
Masak selama 5-7 minit.

Langkah 3
Siap, angkat dan hidangkan.

AYAM SOS LEMON MADU

Bahan-bahan

  • dada ayam 500g (potong ikut suka)
  • tepung serbaguna (secukupnya)
  • telur sebiji (kacau)
  • madu 4 sudu besar
  • lemon 2 biji (ambil jus)

Cara Masak Ayam Sos Lemon Madu

Langkah 1
Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.

Langkah 2
Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.

Langkah 3
Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.

Langkah 4
Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!

PARI ASAM PEDAS

Bahan-bahan

  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ inci kunyit
  • (Semua bahan hendaklah ditumbuk)
  • 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
  • ½ cawan air asam jawa
  • 3 cawan air
  • 250g ikan pari (dipotong kecil)
  • 2 tangkai daun kesum
  • sayur masin (jika suka)
  • bendir
  • 3 sudu minyak masak
  • garam, gula dan sedikit lada hitam

Cara Masak Pari Asam Pedas

Langkah 1
Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.

Langkah 2
Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.

Langkah 3
Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.

Langkah 4
Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dab kecilkan api.

Langkah 5
Masukkan garam, gula dan lada hitam.

Langkah 6
Masukkan bendir dan biarkan seketika sehingga bendir masak.

SOTONG SAMBAL TUMIS HALIA

  • Bahan-bahan
  • sotong (direbus)
  • cili kering (direndam dan dimesin)
  • bawang merah, bawang putih dan halia (dimesin)
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan sedikit gula

Cara Masak Sotong Samal Tumis Halia

Langkah 1
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimesin tadi sehingga wangi.

Langkah 2
Masukkan cili dan tumiskan sehingga agak garing. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.

Langkah 3
Biarkan seketika dan masukkan sotong. Kacau sehingga sebati dan biarkan untuk beberapa minit lagi.

SAMBAL CILI IKAN BILIS PETAI

  • Bahan-bahan
  • ikan bilis 300g
  • petai 2 papan
  • bawang besar sebiji (dihiris)
  • bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
  • cili merah sebiji (ditumbuk)
  • cili padi 20 biji (ditumbuk)
  • garam secukup rasa

Cara Masak Sambal Cili Ikan Bilis Petai

Langkah 1
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.

Langkah 2
Tumiskan bawang, dan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.

Langkah 3
Masukkan garam, gaul sebati.

Langkah 4
Masukkan ikan bilis dan petai, gaul rata. Siap!

AYAM PAPRIK

Bahan-bahan

  • 4 ketul ayam – dihiris kecil
  • 2 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 biji bawang besar – dibelah dua dan dihiris bulat kasar
  • 1 biji cili merah – dihiris serong
  • 11 biji cili api – dipecah-pecahkan
  • 2 helai daun limau purut – disiat-siat
  • bunga kobis – dihiris kecil
  • 2 biji putik jagung – dihiris serong
  • 1/2 biji karot – dihiris serong
  • 2 biji kacang panjang – dipotong 1 inci
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan tomato sos
  • 1 sudu makan sos tiram
  • garam
  • 1 cawan air

Cara Masak Ayam Paprik

Langkah 1
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.

Langkah 2
Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

Langkah 3
Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.

Langkah 4
Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.

Langkah 5
Masukkan air. Masak hingga mendidih.

Langkah 6
Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.

Langkah 7
Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).

Langkah 8
Tutup api dan hidangkan.

TOM YAM THAI

  • Bahan-bahan
  • 1 paket perencah tomyam
  • 4 biji tomato
  • 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
  • 3 batang serai – diketuk
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • 1 cm lengkuas
  • lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
  • 2 sudu besar sos tiram – optional
  • 2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara Masak Tom Yam Thai

Langkah 1
Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).

Langkah 2
Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.

Langkah 3
Masukkan pula lobak merah.

Langkah 4
Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.

Langkah 5
Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.

Langkah 6
Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.

Langkah 7
Siap untuk dihidang

SAMBAL TUMIS DAGING

Bahan-bahan

  • daging
  • bawang putih, bawang kecil dan bawang besar (dihiris)
  • cili kering (direndam dan dimesin)
  • air asam jawa
  • sedikit gula dan garam

Cara Masak Sambal Tumis Daging

Langkah 1
Tumis bawang putih, bawang kecil dan bawang besar hingga wangi.

Langkah 2
Masukkan cili mesin dan kacau biar sebati.

Langkah 3
Masukkan gula, kacau.

Langkah 4
Masukkan daging dan air asam jawa. Kacau dan biarkan hingga agak garing.

Langkah 5
Masukkan garam dan kacau. Dengan api yang kecil biarkan hingga sambal garing dan terbit minyak.

AYAM MASAK HALIA

Bahan-bahan

  • 500 gram ayam, potong kecil
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cm halia, dihiris halus memanjang
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • minyak masak, untuk goreng ayam
  • sedikit lada sulah atau lada hitam
  • sedikit garam dan kunyit
  • garam dan gula, secukup rasa

Cara Masak Ayam Masak Halia

Langkah 1
Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

Langkah 2
Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.

Langkah 3
Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.

Langkah 4
Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).

Langkah 5
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.

Langkah 6
Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Langkah 7
Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

SUP IKAN MERAH

Bahan-bahan

  • ikan merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • kayu manis, bunga lawang dan pelaga
  • lada hitam biji – tumbuk
  • sup bunjut ikan Adabi

Cara Masak Sup Ikan Merah

Langkah 1
Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.

Langkah 2
Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan.

Langkah 3
Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.

Langkah 4
Taburkan daun sup san bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Semoga perkongsian 10 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Part 1 memberi idea pada anda. Kita jumpa lagi dalam artikel part 2.. Nantikan..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.