Resepi Ketupat Sotong Ringkas Dan Awesome

Resepi Ketupat Sotong Ringkas Dan Awesome. Bila masuk musim sotong dijual murah-murah, boleh la beli banyak sikit untuk dimasak ketupat sotong. Rasa macam sudah lama tak makan masakan ini, tak ingat bila last makan..huhu. Boleh katakan salah satu makanan kegemaran saya dan mungkin anda juga. Ketupat sotong sedap dimakan bersama pulut, kalau dapat makan, bertambah-tambah la saya makan..

Melalui artikel dilaman ini, saya ingin kongsikan resepi ketupat sotong untuk anda yang teringin memasaknya. Resepinya tidak susah, tidak pula senang..huhu. Resepi yang dikongsikan oleh sahabat diluar sana, saya pula kongsikan di sini. Kredit pada sumber tersebut. Berikut dikongsikan panduan belajar resepi tersebut..

Resepi Ketupat Sotong Ringkas Dan Awesome

Resepi Ketupat Sotong Ringkas Dan Awesome

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Ketupat Sotong untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 1 kilo sotong saiz sederhana yang segar
  • ½ kilo santan pekat
  • 3 ketul gula melaka (nise)
  • Pencungkil gigi
  • 1 cawan beras pulut
  • 10 helai daun pandan
  • Garam dan gula

Cara Membuat Resepi Ketupat Sotong Ringkas Dan Awesome

Langkah 1
Bersihkan sotong, buangkan hitam dan kulitnya, toskan.

Langkah 2
Basuh beras pulut dan rendam seketika dengan sedikit santan dan garam.

Langkah 3
Ambil sotong, gunakan sudu kecil, masukkan beras pulut tadi sehingga separuh badannya.(jangan isi penuh nanti isi pulut yang terhasil keras dan mentah)

Langkah 4
Ambil kepala sotong dan masukkan ke dalam badannya yang berisi beras pulut tadi.

Langkah 5
Cucukkan pengcungkil gigi depan dan belakang kepala.

Langkah 6
Di dalam periuk, lapik bahagian dasarnya dengan daun pandan sehingga melitupi kesemuanya.

Langkah 7
Susun sotong biar memenuhi ruang dasar dan tindan perlahan di atasnya.

Langkah 8
Masukkan santan pekat tadi bersama sedikit garam, dan gula melaka.

Langkah 9
Hidupkan api yang paling kecil, tutupkan periuk dan masak selama 30-45minit (hingga pulut dalam sotong tu masak). Santan tu akan pecah minyak.

Langkah 10
Ketupat Sotong siap untuk dihidangkan.

Sumber > klik sini

Resepi Lain:

Video Resepi Ketupat Sotong Ringkas Dan Awesome

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Video Resepi Ketupat Sotong melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..

Semoga anda mendapat menfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *