Resepi Popia Satar Yang Ringkas Dan Sedap

Resepi Popia Satar Yang Ringkas Dan Sedap. Popia senang dibuat sedap dimakan, habis dimakan seorang diri sepinggan. Sedap dimakan tapi saya tidak tahu resepi tersebut. AMARAN untuk pembaca blog ini, tolong ajar resepinya untuk saya. Mana tahu bila saya sudah pandai, resepi tersebut akan dikongsikan dilaman ini. Nanti boleh juga sahabat belajari resepi turun-temurun..

Okey, saya sudah jumpa resepi popia satar yang dikongsikan oleh sahabat di FB. Untung lah orang dah share, tunggu beli bahan-bahan dahulu. Tengok bahan utama seperti ikan kembung, asam jawa, bawang dan sebagainya. Berikut untuk resepi penuh, saya akan kongsikan dibawah. Anda boleh pelajari sendiri resepi tersebut..

Resepi Popia Satar Yang Ringkas Dan Sedap

Resepi Popia Satar Yang Ringkas Dan Sedap

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Popia Satar untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

  • Bahan-bahan
  • 3 ekor ikan kembung..rebus sekejap
  • 1 1/2 cawan kelapa putih )
  • 10 biji cili api )
  • 3 ulas bawang merah )
  • 1 ulas bawang putih )ditumbuk
  • 1 inci halia )
  • 2 batang serai )
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula

Resepi Popia Satar Yang Ringkas Dan Sedap

Cara Membuat Resepi Popia Satar Yang Ringkas Dan Sedap

Langkah 1
Ikan yang direbus tadi dibuang tulang dan ditumbuk hingga hancur.

Langkah 2
Gaulkan sekali dengan bahan-bahan tumbuk

Langkah 3
Masukkan air asam jawa

Langkah 4
Perasakan garam dan gula

Langkah 5
Sediakan kulit popia..bungkus (jangan banyak sangat isi inti..nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng.

Langkah 6
Letakkan isi inti di kulit popia selepas itu bungkus. Ulang langkah yang sama berulang kali

Langkah 7
Goreng sampai kekuning-kuningan

Langkah 8
Popia Satar siap dihidangkan

Sumber > klik sini

Belajar Resepi Lain:

Video Resepi Popia Satar Yang Ringkas Dan Sedap

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Video Resepi Popia Satar melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..

Semoga anda mendapat menfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *