Resepi Butir Nangka Kelantan Mudah Dan Sedap

Resepi Butir Nangka Kelantan Mudah Dan Sedap. Beberapa hari ini balik bercuti di kampung, sunyi saja blog tanpa entry terbaru. Tapi yang gembiranya dapat makan kuih butir nangka hasil air tangan mertua. Sangat sedap dan lemak berkrim. Dah lama tak rasa butir nangka sedap begini, ingat selalu makan dari air tangan arwah Ma. Tak sia-sia balik kampung..huhu..

Saya orang Kelantan, jadi Resepi Butir Nangka ini buatan orang negeri saya la. Jika sebelum ini anda hanya tahu makan saja kuih muih ini. Apa kata kali ini anda buat sendiri, tengok hasil tangan anda jadi ke tak jadi. Jika ikut dengan betul panduan yang diberikan dilama ini, mungkin hasilnya memuaskan hati anda..

Resepi Butir Nangka Kelantan Mudah Dan Sedap

Resepi Butir Nangka Kelantan Mudah Dan Sedap

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Butir Nangka untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 4 cawan tepung beras pulut
  • Air
  • Sedikit kapur makan
  • Secubit garam & pewarna hijau @ air daun pandan

Bahan Untuk Kuah

  • Santan dari setengah biji kelapa
  • Gula
  • 1 sudu makan halba.. tak letak
  • Garam
  • Daun pandan

Cara Membuat Resepi Butir Nangka Kelantan Mudah Dan Sedap

Langkah 1
Masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau..

Langkah 2
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.

Langkah 3
Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. (tambah air ikut keperluan)

Langkah 4
Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan… bila masak ia akan timbul..

Langkah 5
Apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.

Langkah 6
Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih & sedikit pekat.

Langkah 7
Bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.

Sumber > klik sini

Belajar Resepi Lain:

Video Resepi Butir Nangka Kelantan Mudah Dan Sedap

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Video Resepi Butir Nangka melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..

Semoga anda mendapat menfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *