Resepi Solok Lada Kelantan Pedas Tapi Sedap

Resepi Solok Lada Kelantan Pedas Tapi Sedap. Sedap betul bila makan nasi kerabu dengan adanya solok lada, sedap sungguh..huhu. Makan dengan nasi putih dengan lauk-lauk lain pun okey jugak, tapi bila makan dengan nasi kerabu, memang lain rasanya. Kalau nak tahu, cuba la rasa sendiri. Keluarga saya yang seramai lapan orang pun suka dengan resepi ini, lebih-lebih lagi cara resepinya dari kelantan..

Anda yang teringin memperlajari resepi solok lada kelantan ini boleh cuba membuatnya kerana saya akan berkongsikan resepi tersebut di laman ini langkah demi langkah. Bahan-bahan untuk membuatnya pun ringkas dan mudah didapati di pasaraya. Pasti ada akan berjaya membuat resepi tersebut walaupun kali pertama mencuba..

Resepi Solok Lada Kelantan Pedas Tapi Sedap

Resepi Solok Lada Kelantan Pedas Tapi Sedap

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Solok Lada untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan:

  • 7-8 ekor ikan sardin/kembung/mata besar (direbus & ambil isinya)
  • 10 biji lada hijau (lada kampung lebih sesuai)..belah ditgh,buang bijinya.
  • 1/2 biji kelapa mesin putih (dari kelapa yg muda sedikit)
  • 1/2 inci halia
  • 5 ulas bawang merah
  • Sedikit lada hitam
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat Resepi Solok Lada Kelantan Pedas Tapi Sedap

Langkah 1
Tumbuk lada hitam, halia, bawang merah sehingga lumat.

Langkah 2
Kemudian tumbukkan pula isi ikan rebus dan campurkan dgn bahan tumbuk yang pertama tadi..biar sebati.

Langkah 3
Masukkan kelapa mesin dalam mangkuk, gaulkan dengan bahan tumbuk tadi (ikan,bawang, lada hitam & halia)..perisakan dgn garam dan gula kemudian gaul rata.

Langkah 4
Sumbatkan adunan tadi dalam cili hijau, padat-padatkan dan bentukkan leper diluarnya.

Langkah 5
Ulangi proses sehingga siap semuanya,seterusnya, tuangkan santan pekat dalam periuk & susun solok dalam periuk..masak selama 10 minit.

Langkah 6
Boleh dihidangkan dgn nasi kerabu ataupun nasi putih.

Sumber > klik sini

Belajar Resepi Lain:

Video Resepi Solok Lada Kelantan Pedas Tapi Sedap

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Video Resepi Solok Lada melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..

Semoga anda mendapat menfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.