Resepi Popia Nestum Yang Ringkas

Resepi Popia Nestum Yang Ringkas. Apa khabar sahabat-sahabat. Hari ini makan apa, nasi lemak ke..huhu. Yahuu, kali ini saya makan popia nestum. sedap juga makan popia rasa nestum. Sekali makan nak lagi, nak lagi. sedar-sedar habis dalam pinggan. Siapa yang suka makan ranggup-ranggup, pasti mengemari makanan ini. Kanak-kanak suka makan, kalau kat rumah selalu berebut dengan mereka..

Untuk menyediakan Resepi Popia Nestum tidak la susah, anda pasti boleh membuatnya kerana resepi ini ringkas sahaja. Kalau tidak tahu caranya. Boleh baca langkah tersebut satu per satu dilaman ini yang akan memberikan panduannya pada anda. Anda boleh belajar membuat resepi tersebut sampai jadi..

Resepi Popia Nestum Yang Ringkas

Resepi Popia Nestum Yang Ringkas

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Popia Nestum untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan:

  • 1 Peket Besar Kulit Popia
  • 1/2 Cawan Gula (Dikisar Halus)/ Guna gula icing pun boleh
  • 1 1/2 Cawan Nestum (Dikisar Halus)
  • 1 Cawan susu tepung (Dikisar Halus)
  • Putih telur

Cara Membuat Resepi Popia Nestum Yang Ringkas

Langkah 1
Cerai/siatkan satu persatu kulit popia.

Langkah 2
Gulungkan kulit popia dan lekatkan hujungnya dengan putih telur sampai habis.

Langkah 3
Siap gulung, boleh la gunting secara menyerong.

Langkah 4
Kemudian goreng sehingga kekuning-kuningan.

Langkah 5
Biarkan sejuk dahulu baru masukkan bahan-bahan kisar tadi untuk elakkan tepung tu jadi berketul-ketul.

Langkah 6
Kemudian gaulkan sehingga sekata.

Langkah 7
Resepi Popia Nestum siap untuk dimakan

Sumber > klik sini

Belajar Resepi Lain:

Video Resepi Popia Nestum Yang Ringkas

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Resepi Popia Nestum melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..

Semoga anda mendapat menfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *