Resepi Biskut Almond London Sedap Dan Menarik

Resepi Biskut Almond London Sedap Dan Menarik. Ada beberapa bulan sahaja lagi nak puasa, biasanya 10 hari terakhir ramadan biskut Almond London ini banyak dijual di kedai dan pasaraya. Untung la mereka yang pandai membuat biskut ini kerana dapat menambah pendapatan dengan menjualnya. Kalau anda pandai menyediakan biskut tersebut, jimat sikit tak payah membeli..huhu..

Jika anda mahu belajar menyediakan resepi biskut almond london, banyak yang berkongsikan resepi ini melalui fb, carian google dan youtube. Dilaman ini saya turut juga berkongsikan cara membuat resepi almond london. Anda yang singgah di blog ini kerana mencari resepi tersebut, boleh saja mengikuti panduan yang diberikan ini..

 

Resepi Biskut Almond London Sedap Dan Menarik

Resepi Biskut Almond London Sedap Dan Menarik

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Almond London untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 250 gram buttercup
  • 80 gram gula kastor
  • 50 gram serbuk badam
  • 160 gram tepung jagung
  • 350 gram tepung gandum
  • 1 tspn tepung beras
  • 1 biji telur
  • 250 gram kacang almond
  • 250 gram coklat
  • 50 gram almond cincang

Cara Membuat Resepi Biskut Almond London Sedap Dan Menarik

Langkah 1
Pukul butter dan gula hingga sebati, lalu masukkan telur

Langkah 2
Masukkan kesemua tepung dan uli hingga doh lembut.

Langkah 3
Balutkan almond yang sudah dibakar dengan doh tadi.

Langkah 4
Bakar suhu 150 selama 30 minit.

Langkah 5
Cairkan coklat bersama sedikit butter. Kemudian celupkan dengan kuih yang kita sudah bakar tadi

Langkah 6
Taburkan badam cincang. Sedia dihidang

Langkah 7
Resepi Almond London sedia untuk dihidangkan

Sumber > klik sini

Lagi Resepi Menarik

Resepi Biskut Almond London Sedap Dan Menarik

Video Resepi Biskut Almond London Sedap Dan Menarik

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Resepi Almond London melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..

Semoga anda mendapat menfaat dengan resepi yang dikongsikan ini, anda juga boleh share resepi tersebut dimana-mana sahaja..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.