Resepi Kek Tiramisu Mudah Dan Ringkas

Resepi Kek Tiramisu Mudah Dan Ringkas. Apa khabar anda semua ? Alangkah beruntungnya kalau memiliki keluarga yang suka dan minat dalam memasak ini, bermacam-macam resepi boleh rasa seperti resepi  kek atau kuih muih. Beberapa hari lepas, Ibu ada buatkan satu jenis kek yang dipanggil kek tiramisu. Pendapat saya selepas memakan kek ini pastinya sedap dan awesome.. huhu..

Anda juga pastinya pernah mencuba dan menyediakan sendiri resepi kek tiramisu, kan. Kalau ada dikalangan anda yang pandai membuat kek ini, dialu-alukan untuk berkongsikan resepi tersebut dilaman ini. Saya ingin melihat bagaimana resepi yang anda hasilkan. Sebelum itu, saya pun ingin kongsikan cara buat kek tiramisu di sini. Harap mendapat manfaat bersama..

Resepi Kek Tiramisu Mudah Dan Ringkas

Resepi Kek Tiramisu Mudah Dan Ringkas

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Kek Tiramisu untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 1 biji sponge kek / biskut
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • Serbuk koko (hiasan)

Cara Buat Resepi Kek Tiramisu Mudah Dan Ringkas

Langkah 1
Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas.

Langkah 2
Satukan gula, cheese dan cream.

Langkah 3
Pukul adunan sehingga kembang dan gebu.

Langkah 4
Potong kek pada 2 bahagian.

Langkah 5
Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek.

Langkah 6
Sapukan adunan cream dan cheese di atas kek.

Langkah 7
Susun lagi bahagian yang selebihnya. Kemudian sapukan nescafe dan baki cream cheese.

Langkah 8
Hiaskan dengan serbuk koko.

Langkah 9
Simpan di dalam peti sejuk, selepas itu resepi kek tiramisu sedia untuk dihidangkan.

Sumber > klik sini

Lagi Resepi Menarik

 

Video Resepi Kek Tiramisu Mudah Dan Ringkas

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan resepi kek tiramisu melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..

Semoga anda mendapat menfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.