Resepi Puding Roti Simple Dan Mudah

Resepi Puding Roti Simple Dan Mudah. Resepi berasaskan puding kembali lagi dilaman ini, harap anda tidak jemu membaca dan mempelajari resepi tersebut..huhu. Siapa yang belum merasai resepi puding roti ? Sedap tau resepi tersebut, rugi la anda yang belum memakannya. Tapi admin rasa, ramai yang sudah merasa resepi ini, kan. Yang sebenarnya admin jer yang baru try pudingnya..hehe..

Jika anda seperti admin, mesti teringin nak membuat sendiri resepi puding roti. Ingin mencuba resepi dengan bahan-bahan yang simple dan mudah didapati. Untuk pengetahuan anda, cara membuatnya admin belajar melalui YouTube. Untuk anda yang ingin mepelajarinya juga, admin  sediakan panduan resepi tersebut. Anda boleh belajar langkah demi langkah melalui laman ini..

Resepi Puding Roti Simple Dan Mudah

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Puding Roti untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 6 keping roti Gardenia – potong cube
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula kaster
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 2-3 biji telur – pukul ringan
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Sedikit kismis
  • Sedikit serbuk kayu manis

Resepi Puding Roti Simple Dan Mudah

Cara Membuat Resepi Puding Roti Simple Dan Mudah

Langkah 1
Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih, boleh diangkat. Masukkan roti dan kacau rata supaya ianya terendam.

Langkah 2
Masukkan mentega, garam dan gula. Kacau rata dan biarkan sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur supaya telur tidak masak.

Langkah 3
Akhir sekali, masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Jika suka, masukkan sedikit kismis dan serbuk kulit kayu manis.

Langkah 4
Tuang ke dalam loyang saiz 8″ yang telah disapu dengan sedikit mentega. Masukkan loyang ke dalam bekas besar yang diisi dengan air panas untuk membakar secara steam bath.

Langkah 5
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dihidangkan.

Langkah 6
Resepi puding roti siap untuk dihidangkan..

Sumber > klik sini

Lagi Resepi Menarik

Video Resepi Puding Roti Simple Dan Mudah

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Resepi Puding Roti  melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..

Semoga anda mendapat menfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *