Resepi Puding Marble Ringkas Dan Sedap

Resepi Puding Marble Ringkas Dan Sedap. Rupanya puding yang selalu dimakan oleh admin ini namanya puding marble. Ingatkan puding saja, rupanya ada nama..huhu. Tapi itu dulu la, sekarang tidak lagi. Orang kata sudah upgrade ilmu masakan ini. Sedap, kan pudingnya, hari-hari makan pun tak apa. Janji senaman selalu, kesihatan kena jaga juga..

Resepi ini admn belajar dari mereka yang kongsikan di blog, kredit pada tuan punya resepi puding marble yang awesome ini. Untuk pengetahuan anda, nak membuat resepinya cukup ringkas dan bahan-bahan tidak banyak. Cuma perlukan kemahiran anda sahaja. Jika tidak tahu dan mahu belajarinya, boleh belajar dilaman ini yang menyediakan panduan tersebut..

Resepi Puding Marble Ringkas Dan Sedap

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Puding Marble untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 1 peket agar-agar 37 gm rendamkan sebelum merebusnya
  • 6 gelas air
  • 2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1 sudu besar air suam

Resepi Puding Marble Ringkas Dan Sedap

Cara Membuat Resepi Puding Marble Ringkas Dan Sedap

Langkah 1
Rebuskan agar dengan air sehingga hancur.

Langkah 2
Masukkan gula. Bila mendidih tapiskan.

Langkah 3
Bancuhkan susu cair dan tepung kastard dan tapiskan.

Langkah 4
Masukkan bancuhan kastard dan kacau sehingga agak pekat.

Langkah 5
Asingkan sebahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko dan masakkan sehingga agak pekat.

Langkah 6
Sendukkan adunan coklat kedalam acuan.

Langkah 7
Lapiskan sendukkan adunan putih kastard saja keatas adunan coklat tadi. Biarkan keras sekejap.

Langkah 8
Buatkan lapiskan sehingga semua adunan habis..

Langkah 9
Resepi puding marble siap untuk dihidang.

Sumber > klik sini

Lagi Resepi Menarik

Video Resepi Puding Marble Ringkas Dan Sedap

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Resepi Puding Marble melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..

Semoga anda mendapat menfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *