Resepi Puding Karamel Lembut Dan Ringkas

Resepi Puding Karamel Lembut Dan Ringkas. Sekali lagi dalam artikel ini admin masih lagi membicarakan resepi turun temurun iaitu resepi puding. Ramai yang mengemari puding termasuk dengan admin sekali. Boleh katakan dalam banyak-banyak resepi puding, Puding Karamel menjadi kegemaran admin. Bagaimana dengan anda pula ? Setiap orang pasti ada makanan kegemaran mereka bukan..

Untuk anda yang mengemari resepi tersebut dan ingin belajar membuatnya, admin ingin kongsikan panduan membuat puding karamel disini. Menyediakan dengan ringkas tapi mesti sedap. Admin juga belajar membuatnya melalui blog lain. Bahan-bahan untuk membuat resepi tersebut senang dicari dan murah saja. Kalau anda nak buat, cepat-cepat cari bahan tersebut..huhu..

Resepi Puding Karamel Lembut Dan Ringkas

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Puding Karamel untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 3 Sudu besar gula untuk di jadikan gula hangus
  • 4 Keping roti gardenia
  • 3 Biji telur A @ 4 biji gred B – dipukul dan di tapis
  • 1 Cawan air suam
  • 1 Cawan susu cair
  • 1/2 Cawan susu pekat
  • 1 Sudu kecil esen vanilla.

Resepi Puding Karamel Lembut Dan Ringkas

Cara Membuat Resepi Puding Karamel Lembut Dan Ringkas

Langkah 1
Masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang( sila guna api kecil takut nanti gula jadi hangus ).

Langkah 2
Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati-hati gula panas) kacau hingga sebati dan matikan api.

Langkah 3
Tuang terus dalam loyang dan ketepikan seketika.

Langkah 4
Siap buat gula hangusnya. Mula panaskan pengukus dulu.

Langkah 5
Carik-carikkan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.

Langkah 6
Selepas itu masukkkan telur yang sudah di tapis dan masukkan esen vanilla. Blend sebentar agar sebati.

Langkah 7
Tuang adunan tadi ke dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak anggara dalam 40 minit- 1 Jam.

Langkah 8
Sejukkan dulu barulah puding karamel di potong dan di hidangkan.

Sumber > klik sini

Lagi Resepi Menarik

Video Resepi Puding Karamel Lembut Dan Ringkas

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Resepi Puding Karamel melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..

Semoga anda mendapat menfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *