Resepi Puding Oreo Milo Yang Sedap

Resepi Puding Oreo Milo Yang Sedap. Apa khabar anda semua, bertemu lagi dilaman ini. Dalam artikel kali ini admin ingin kongsikan resepi berasaskan puding. Pelbagai resepi puding berjaya dihasilkan dan kebanyakkan pula sedap-sedap. Best seperti kek coklat…huhu. Jadi, untuk hari ini. Admin ingin kongsikan┬áResepi Puding Oreo Milo, boleh katakan campuran utama biskut oreo dan milo serta bahan-bahan asas yang lain.

Pastinya menjadikan resepi tersebut lain pada yang lain, membuatkan anda dan anak-anak mengemari resepi yang dikongsikan. Untuk anda yang memiliki waktu yang lapang, apa kata cuba resepi puding oreo milo. Puding ini juga admin belajar melalui YouTube, terima kasih pada pimilik sebenar yang kongsikan untuk mendapat manfaat bersama. Disini juga disertakan panduan dan cara membuat resepi oreo milo..



Resepi Puding Oreo Milo Yang Sedap

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Puding Oreo Milo untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 10 grm serbuk agar-agar
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • Satu bungkus oreo
  • Biskut oreo tadi anda patah dua atau empat
  • 750ml air
  • 150g gula
  • 3/4 cawan milo

Resepi Puding Oreo Milo Yang Sedap

Cara Membuat Resepi Puding Oreo Milo Yang Sedap

Langkah 1
Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Ikut sukatan air, kalau tidak jadi kurang manis.

Langkah 2
Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga larut. Api sederhana saja

Langkah 3
Selepas itu, masukkan susu cair dan kacau sebati hingga mendidih. Jangan lupa selawat dan doakan suami dan anak -anak ­čÖé

Langkah 4
Bila dah sebatikan semua bahan-bahan tadi, pisahkan menjadi 2 bahagian (adunan milo dan adunan putih)

Langkah 5
Bahagian pertama, kita campurkan dengan milo dan kacau hingga sebati, jangan ada yang berketul-ketul. Kemudian pisahkan dua bahagian milo, satu bahagian untuk lapisan bawah, satu lagi untuk lapisan atas sekali.




Langkah 6
Sekarang dah ready nak masuk acuan. Tuang bahagian pertama milo, kemudian tunggu keras sikit.

Langkah 7
Kemudian tuang adunan putih pula (yang tiada campuran milo).

Langkah 8
Sekarang taburkan oreo ikut kretiviti, pastikan tenggelam kebawah dalam adunan putih. lagi banyak oreo lagi merecik.

Langkah 9
Bila adunan putih dah keras sedikit, tuang bahagian milo yang kedua.

Langkah 10
Sejukkan kejap dengan suhu bilik, kemudian boleh masuk peti sejuk bahagian bawah.

Langkah 11
Dalam 1/2 jam resepi oreo milo boleh hidangkan.

Sumber > klik sini

Lagi Resepi Menarik

Video Resepi Puding Oreo Milo Yang Sedap

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Resepi Puding Oreo Milo melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..

Semoga anda mendapat menfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..



Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *