Resepi Kek Coklat Cheese Meleleh Sukatan Cawan

Resepi Kek Coklat Cheese Meleleh Sukatan Cawan. Pelbagai versi kek coklat berjaya dihasilkan oleh mereka-mereka yang kreatif dan hebat dalam masakan. Beruntungnya mereka ini tidak kedekut dengan ilmu, ada dikalangan mereka yang kongsikan di YouTube, blog dan media sosial. Jadi, orang seperti saya ini. Nak hasilkan kek-kek yang kreatif kurang pandai sikit. Jadi, ambil peluang ini belajar dari mereka-mereka yang pakar..huhu..

Kalau anda sudah bosan kerana selalu makan kek coklat dan ingin merasa perubahan sedikit. Ambil kesempatan hari belajar buat resepi kek coklat cheese meleleh sampai lagi meleleh..huhu. Untuk membuatnya seperti buat kek coklat biasa tapi sedikit kelainan tambah cheese diatasnya. Jadi, bila siap, Memang nampak lain, Anda boleh belajar resepi tersebut dilaman ini..



Resepi Kek Coklat Cheese Meleleh Sukatan Cawan

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Kek Coklat Cheese untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 1 cawan serbuk koko 7
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
  • 1 sudu baking powder
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar esen vanilla

Cara Membuat Resepi Kek Coklat Cheese Meleleh Sukatan Cawan

Langkah 1
Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, minyak dan serbuk koko ke dalam periuk atau kuali. Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata2

Langkah 2
Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.

Langkah 3
Pukul telur hingga kembang. Maksud kembang di sini korang just pukul pukul pakai sudu/garfu pun dah cukup..bagi yang putih dan kuning telur tu bercampur je la. Tak perlu pakai mixer pun. Tu yang bestnya resepi kek coklat ni..tanpa alatan canggih pun boleh buat.

Langkah 4
Kemudian, masukkan campuran pertama (iaitu campuran minyak, gula, susu pekat, susu cair, serbuk koko) tadi ke dalam adunan telur.

Langkah 5
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

Langkah 6
Panaskan pengukus. Oh ye..langkah ni boleh buat awal awal lagi sebab kena pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.

Langkah 7
Sapukan marjerin pada loyang. Nad sapu minyak je. Lepas dah sapu minyak tu barulah tuang adunan ke dalam loyang. Tujuan sapu minyak tu supaya nanti senang nak keluarkan kek.

Langkah 8
Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek. Tapi jangan bungkus rapat sangat tau. Kena bagi ade ruang untuk udara masuk juga..

Langkah 9
Kukus kek selama 1 jam. Api sederhana..

Langkah 10
Sebelum angkat kasi test guna garfu ke..pisau ke..cuba cucuk tengah kek. Kalau pisau atau garfu tu keluar bersih, tandanya dah masak la kek tu.

Langkah 11
Sejukkan dan ketepikan dulu. Sekarang boleh buat topping cream cheese

Resepi Kek Coklat Cheese Meleleh Sukatan Cawan

Bahan Untuk Topping Cream Cheese

  • 250 g cream cheese Tatura
  • 250 ml whipping cream
  • 4-5 sudu besar susu pekat manis
  • Cheddar Cheese Beqa untuk hiasan snow

Cara Membuat Topping Cream Cheese

Langkah 1
Pukul whipping cream laju laju sampai kembang.

Langkah 2
Lepas agak dah kembang masukkan cream cheese, pukul lagi sampai sebati adunannya.

Langkah 3
Macam ni la rupanya bila dah pukul whipping cream dan cream cheese tadi tu.

Langkah 4
Lepas tu masukkan susu pekat manis. Kacau lagi supaya sebati.



Langkah 5
Sejukkan dulu dalam peti ais sebelum guna untuk hias kek nanti.

Langkah 6
Lepas dah sapu rata cream cheese tu boleh parutkan cheddar cheese untuk bagi efek snowy tu

Langkah 7
Kek coklat cheese meleleh boleh dihidangkan..

Sumber > klik sini

Lagi Resepi Menarik

Video Resepi Kek Coklat Cheese Meleleh Sukatan Cawan

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Resepi Kek Coklat Cheese Meleleh melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..

Semoga anda mendapat menfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..



Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.