Resepi Kek Coklat Lembut Dan Sedap

Resepi Kek Coklat Lembut Dan Sedap. Beberapa hari lepas admin ada kongsikan resepi kuih muih dan resepi biskut untuk tetapan pembaca blog ini. Jadi kali ini, kita tukar resepi pula. Hari ini kita belajar buat kek, dalam banyak-banyak kek admin pilih untuk kongsikan cara membuat resepi kek coklat. Kita buat sampai jadi, kalau boleh biar kek yang dihasilkan sedap dan lembut..

Baru hari-hari tidak jemu memakannya..huhu. Nak menghasilkan kek coklat banyak sikit bahan yang digunakan, nak menghasilkan kek dan topping. Kalau anda pengemar coklat, satu kemestian untu anda memperlajarinya. Kadang-kadang buat sendiri lebih puas hati dari membelinya. Lagi suka kalau kawan-kawan puji kek yang dihasilkan lembut dan sedap. Mahu tak terangkat hidup..haha. Jadi, untuk anda yang ingin pelajarinya, disediakan dilaman ini..



Resepi Kek Coklat Lembut Dan Sedap

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Kek Coklat untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan untuk kek coklat

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur

Bahan-bahan untuk topping kek coklat

  • 300 gm coklat masakan yang sudah dipotong kecil
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 1/4 cawan air panas

Cara Membuat Resepi Kek Coklat Lembut Dan Sedap

Langkah 1
Masukkan serbuk koko, gula pasir, susu cair, minyak masak, dan susu pekat ke dalam periuk dan masak sampai sebati dengan api sederhana.
Bila dah sebati, sejukkan.

Langkah 2
Lepas tu, pukul telur sampai kembang.

Langkah 3
Masukkan esen vanilla ke dalam adunan dan pukul sampai sebati.

Langkah 4
Ayak tepung, bikarbonat dan baking powder bersama, lalu masukkan sedikit demi sedikit, dan kacau sampai sebati selama 5 minit.

Langkah 5
Masukkan adunan ke dalam loyang dan ikat dengan beg plastik/kertas foil.

Langkah 6
Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.

Langkah 7
Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 70 minit dengan api sederhana.

Langkah 8
Jangan buka penutup kukus bila belum sampai cukup masa.

Langkah 9
Angkat dan sejukkan, ketepikan dahulu

Resepi Kek Coklat Lembut Dan Sedap

Cara Membuat Topping Kek Coklat

Langkah 1
Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.

Langkah 2
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair.



Langkah 3
Padamkan api dan masukkan butter, dan kacau hingga cair.

Langkah 4
Curahkan 1/2 dari topping cair yang masih panas hingga menutupi keseluruhan kek.

Langkah 5
Biarkan 15 – 30 minit supaya topping meresap ke dalam kek.

Langkah 6
Panaskan kembali topping yang lebih tadi dan masukkan air panas.

Langkah 7
Kacau hingga sebati dan curahkan lagi ke atas kek.

Langkah 8
Bila topping dan kek sudah sejuk, boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Langkah 9
Kek coklat dengan topping siap dihidangkan.

Sumber > Jom Belajar Buat Kek

Lagi Resepi Menarik

Video Resepi Kek Coklat Lembut Dan Sedap

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Resepi Kek Coklat melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..

Semoga anda mendapat menfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..



Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.