Resepi Tart Nenas Yang Gebu Dan Ranggup

Resepi Tart Nenas Yang Gebu Dan Ranggup. Salah satu biskut kegemaran admin iaitu Tart Nenas yang sudah lama tidak dimakan, rasanya last makan raya tahun lepas. Yang best tart nenas tersebut hasil air tangan admin dengan orang tersayang. Kerana rasanya yang sedap dan ranggup, hari-hari admin tidak jemu memakannya..huhu. Kerana sudah lama tidak merasa biskut tersebut, akhir-akhir ini teringin pula. Adakah admin mengidam ?

Bila membuat tart nenas ini, kalau ada pembantu lagi seronok buat kerja dan hasilnya pun cepat disiapkan. Kalau buat sorang-sorang nak uli inti nenas kecil-kecil yang jadi masalah. Leceh, jer..haha. Jadi, kalau nak membuatnya, pastikan mental dan fizikal bersedia. Baru dapat hasilkan tart nenas yang awesome. Untuk anda yang ingin memperlajaeinya, disediakan resepi tersebut dilaman ini..



Resepi Tart Nenas Yang Gebu Dan Ranggup

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Tart Nenas untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan- Bahan

  • 250 gm butter
  • 2 sudu besar gula castor
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • Secubit garam
  • 3 1/4 cawan tepung gandum ~ untuk tart gulung

Jem nenas secukupnya ~ diuli bulat-bulat (kecil sedikit dari guli) ~ boleh beli dipasaraya

Inti Nenas

  • 1 biji nenas
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Gula secukupnye (bergantung kepada manis nenas)
  • Sedikit pewarna kuning

Cara Menyediaan Inti Tart Nenas

Langkah 1
Blender nenas.

Langkah 2
Masukkan nenas yg telah diblender bersama-sama airnye,kulit kayu manis,pewarna kuning dan gula kedalam periuk.

Langkah 3
Kacau sehingga pekat dan boleh gentel.

Langkah 4
Air dimasak sekali supaya tidak hilang rasa masam manis nenas tadi.

Hiasan

  • 1biji kuning telur
  • 1 titik pewarna kuning
  • 1 sudu air
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • *Bancuh keempat2 bahan ni hingga sebati.

Cara Membuat Resepi Tart Nenas Yang Gebu Dan Ranggup

Langkah 1
Ayak ke tiga-tiga tepung.

Langkah 2
Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.

Langkah 3
Masukkan minyak sapi, kuning telur, esen vanila dan garam.Pukul lagi hingga sebati.

Langkah 4
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.




Langkah 5
Perap sebentar supaya doh mesra.dlm 15-20mint.

Langkah 6
Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart,
letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )

Langkah 7
Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 – 180C. saya bakar dlm 25 minit.

Langkah 8
Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara

Langkah 9
Tart Nenas boleh dihidangkan..

Sumber > Klik sini

Lagi Resepi Menarik

Video Resepi Tart Nenas Yang Gebu Dan Ranggup

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Resepi Tart Nenas melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..

Semoga anda mendapat menfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..



Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.