Resepi Biskut Semperit Dahlia Yang Ranggup

Resepi Biskut Semperit Dahlia Yang Ranggup. Biskut yang sangat popular di hari perayaan seperti hari raya puasa, pergi la kemana-mana rumah jiran. Biskut Dahlia pasti terpapar di meja, tak rugi makan biskut ini yang sedap dan ranggup. Tapi kuih muih tradisi tidak dilupakan juga..huhu. Boleh katakan ramai yang pandai buat biskut dahlia kerana ringkas dan senang untuk menyediakannya..

Dulu, 3 atau 4 hari nak menjelang hari raya aidilfitri admin selalu menolong kakak menyediakan biskut ini. Memang tidur lewat la tapi suka, kenangan yang tidak akan dilupakan. Jadi, untuk memperingati kembali resepi biskut semperit dahlia ini, admin kongsikan dilaman ini. Resepi ini juga diperlajari dari blog-blog diluar sana..




Resepi Biskut Semperit Dahlia Yang Ranggup

Berikut dikongsikan cara menyediakan kuih ketayap untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 250 gram butter
  • 90 gram gula aising
  • 115 gram tepung kastad
  • 110 gram tepung jagung
  • 160 gram tepung gandum
  • 2 biji kuning telur
  • Asen vanila
  • Pewarna kuning

Cara Membuat Resepi Biskut Semperit Dahlia Yang Ranggup

Cara Membuat Resepi Biskut Semperit Dahlia Yang Ranggup

Langkah 1
Kacau butter dan gula hingga sebati. Jangan sampai kembang. Kemudian masukkan kuning telur

Langkah 2
Masukkan asen vanila dan pewarna kuning. Kacau sebati

Langkah 3
Masukkan kesemua tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut.




Langkah 4
Terapkan atas dulang menggunakan acuan semperit.

Langkah 5
Bakar 140 selama 30 minit.

Langkah 1
Siap, tunggu sejuk biskut dahlia siap untuk dihidangkan..

Lagi Resepi Menarik

Video Resepi Biskut Semperit Dahlia Yang Ranggup

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Resepi Biskut Semperit Dahlia melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..

Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini. Kongsi-kongsikan resepi ini di media sosial, blog, youtube dan sebagainya..



Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.