Resepi Kuih Katayap Untuk Anda

Resepi Kuih Katayap Untuk Anda. Kuih ini memang menjadi kegemaran orang ramai, siapa yang tidak menyukainya memang rugi besar la. Kulit luarnya yang hijau berintikan isi kelapa yang agak manis membuatkan kuih ketayap menjadi pengemar setiap golongan. Mungkin orang luar yang mencuba merasa kuih ini akan terpegun dengan kesedapannya. Rugi la jika anda tidak memgemarinya..hehe..

Tapi..

Citarasa setiap orang lain-lain, kan. Adakah sukar untuk membuat kuih ketayap ? Kalau anda tidak mencubanya sudah semesti sukar tapi bila sudah pandai dengan resepi ini, pasti rasa senang saja, kan. Lebih- lebih lagi membuat sendiri lebih puas hati dari membeli. Mungkin suatu hari nanti, anda pula yang menjual kuih tersebut. Untuk belajar resepi ini, admin kongsikan dilaman ini..




Resepi Kuih Katayap Untuk Anda

Berikut dikongsikan cara menyediakan kuih ketayap untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan Untuk Kulit

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Beberapa titis pewarna hijau

Bahan Untuk Inti

  • 1/2 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
  • 3/4 cawan gula merah
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan | disimpulkan
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan tepung gandum

Cara Membuat Resepi Kuih Ketayap Untuk Anda

Cara Membuat Resepi Kuih Ketayap Untuk Anda

Langkah 1
Untuk menyediakan inti, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.

Langkah 2
Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.

Langkah 3
Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.

Langkah 4
Untuk sediakan kulit: Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.

Langkah 5
Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata.

Langkah 6
Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati.

Langkah 7
Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.

Langkah 8
Sapukan kuali dengan sedikit minyak.

Langkah 9
Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak.

Langkah 10
Angkat. Ketepikan. Lakukan cara yang sama hingga habis adunan.



Langkah 11
Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.

Langkah 12
Ambil sesudu penuh inti, letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. Sedia dihidangkan

Kredit > klik sini

Lagi Resepi Menarik

Video Resepi Kuih Katayap Untuk Anda

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Resepi Kuih Ketayap melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..

Semoga anda mendapat menfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..



One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *