Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan Ringkas Dan Sedap





Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan Ringkas Dan Sedap. Salah satu makanan tradisional warisan melayu dari zaman ke zaman, boleh katakan kuih ini menjadi kegemaran ramai tidak kira bangsa apa di Malaysia. Masa admin kecil dulu, suka makan kuih ini selapis ke selapis. Orang kata nak lama habis, kan..huhu. Pagi- pagi kena breakfest beberapa potong kuih lapis dengan air kopi sudah kenyang..

Kuih lapis ini pelbagai gaya, rasa dan warna berjaya dihasilkan dari zaman ke zaman. Jika anda pengemar kuih ini pasti tidak akan melepaskan untuk merasakannya. Di tempat admin tinggal sekarang susah pula nak jumpa kuih ini tapi kalau jumpa. Sah-sah admin beli. Jadi, untuk anda yang ingin membuat kuih lapis ini, admin kongsikan cara-caranya dilaman ini..

Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan Ringkas Dan Sedap

Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan Ringkas Dan Sedap

Berikut dikongsikan cara membuat kuih lapis dengan sukatan cawan untuk memudahkan anda. memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakan kuih ini pun senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan (1 cawan santan pekat campurkan bersama 3 cawan air)
  • 1/4 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna merah dan perisa ros

Lagi Resepi Menarik :

Cara Menbuat Kuih Lapis Sukatan Cawan

Langkah 1
Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

Langkah 2
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.



Langkah 3
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

Langkah 4
Masukkan loyang yang telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi.

Langkah 5
Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. Boleh tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

Langkah 6
Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Boleh dihidangkan..

Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan

Video Resepi Kuih Lapis

Berikut juga dikongsikan resepi tersebut yang diambil dari YouTube. Mungkin anda masih tidak berapa faham dengan cara yang diterangkan itu. Dengan Resepi Kuih Lapis melalui video dapat memudahkan lagi anda memperlajarinya..

 

Semoga anda mendapat menfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..




Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *